Yang buatkan harga ayam nie nak naik jer..pasal permintaan sentiasa ada dan bertambah…
Apakata kita tukar tukar menu, seminggu daging, seminggu Ikan dan Seminggu sayuran dan seminggu ayam..ok tak.
Ayam import untuk stabil harga

WALAUPUN ramai merungut harga ayam RM7 sekilogram, kerajaan berpendapat ia masih di tahap munasabah.
JITRA - Kerajaan akan mengeluarkan permit import ayam jika harganya terus meningkat menjelang sambutan Aidilfitri tidak lama lagi.
Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Wira Mohd. Johari Baharom berkata, permit itu mungkin dikeluarkan jika harga ayam melebihi daripada kadar RM7 sekilogram sekarang yang dianggap masih munasabah.
"Harga RM7 itu masih rendah berbanding di negara-negara jiran.
"Kos pengangkutan, makanan dan permintaan naik mungkin menyebabkan harganya meningkat.'' katanya di sini semalam.
Sumber : http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2010&dt=0816&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_02.htm
0 ulasan:
Post a Comment