Welcome Message

'

14 May 2010

Hati-hati dengan “Phishing Scam”

Ari Rabu lepas aku dapat email nie. Sekali pandang pada email nie korang mungkin rasa eh apasal plak nie (pada yang ada account dengan public bank la) aku takde public bank nie so aku tak la kisah sangat…dan lagi pun banyak gak aku dapat email phishing camni so dah lali gak, kali nie aku nak buat keje-keje amal skit bagitahu pada yang tak tahu… Ok jom kita tengok gambar kat bawah.


1. Alamat pengirim email tu boleh kata skit real la.
2. Subjek yang digunakan boleh agak memaksa penerima sedikit, sebab berdasarkan subjek tu email ini berkaitan kestabilan account anda.
3. Pembuka kata dia …nampak biasa jer la.
4. Bab Isi nie nampak macam tak logic kalau korang active gunakan transaksi online kerana maintenance selalu nya dibuat tengah malam setiap hari dan sebarang MAJOR maintenance akan diumumkan di laman Utama sesebuah bank tersebut.
5. Link yang diberikan pun tak bape meyakinkan pasal dia guna “clicking here” dan bila kita arahkan cursor pada link tersebut dah nampak dimana kita akan dibawa apa bila kita klik pada link tersebut dan ini ttak nampak real sangat la. So kantoi la email nie, bagi mereka yang dah pernah baca pasal phishing pada laman-laman log masuk di semua online banking.
6. nampak macam “Disclaimer” bahawa link tersebut hanya active untuk tempoh 30 minit jer…tak kisah la…tapi bila dia cakap “your account will be put on hold for 30 days” tu…mungkin ada gak yang tak bape biasa dengan phishing nie akan “termakan” gak dengan phishing nie.  Apa yang aku maksudkan dengan termakan ialah …di atas perasaan ingin tahu dia org tekan gak link tu, dimana dia org akan dibawa ke website tersebut.
  tempo

Jom tengok gambar kat bawah apa jadi bila dia orang klik link tu,

tempo2

Gambar diatas bukan la paparan sebenar laman phishing tersebut, TETAPI telah di blok oleh Mozilla firefox ini kerana Firefox versi 3 dan ke atas mempunyai perlindungan dalaman yang untuk Malware dan Phishing untuk membantu korang online dengan selamat.
So semua nya dah mudah. Tetapi tak tahu la kalau tahap ingin tahu korang terlampau tinggi korang pegi klik ignore this warning dekat sebelah kiri bawah tu untuk memastikan akaun korang tak kene tahan selama 30 hari ..huhu
Korang boleh juga melaporkan kepada google yang laman ini adalah laman phishing di
http://www.google.com/safebrowsing/report_phish/

 

Definisi forgery

An illegal modification or reproduction of an instrument, document, signature, or legal tender, or any other means of recording information. An item is also considered forged if it is claimed that it was made by someone who did not make it.
Harap entri ni membantu.
Renung-renungkan..selamat ber”online”.

1 comment:

Tolong Jangan Baca Entri Berikut !

Related Posts with Thumbnails

Sila langgan dengan email untuk tidak terlepas post-post terbaru.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner