Welcome Message

'

29 March 2010

Kutu Telah Dikesan !!!

Hati Hati pada mereka yang nak mencuba main kutu…huhuhu…jangan terlalu seronok mencari pendapatan pasif dan bila keluar berita sebegini kita juga yang pening kepala. Sudahnya yang untung penjual ubat sakit kepala jugak. Sharing is caring.
Kaji dan selidikilah dahulu…semua keputusan ditangan kita.


Sumber berita berikut adalah dari Laman web KOSMO!

Empat syarikat kutu pintar dipantau


ANTARA laman web syarikat haram yang memanipulasi wang pos menerusi skim kutu pintar.
image
KUALA LUMPUR - Empat syarikat haram dikesan menjalankan aktiviti memanipulasi wang pos secara aktif melalui Internet atau dikenali sebagai kutu pintar bagi memperdaya orang ramai di seluruh negara. Satu daripada syarikat itu mula beroperasi sejak Mac tahun lalu dan sehingga Mac tahun ini, ia telah berjaya mengutip RM33 juta daripada lebih 30,000 ahlinya. Perkara itu didedahkan oleh Pengarah Kanan Penguatkuasaan, Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), Muhd. Redzuan Abdullah kepada Kosmo! semalam."SSM sedang mengadakan siasatan terhadap salah satu penganjur skim ini manakala tiga lagi masih dalam proses pemantauan untuk melihat operasi dan siapa yang terlibat.  image
"Kami juga sedang merekodkan kenyataan daripada syarikat ini sejak tiga minggu lalu untuk mengumpul bukti sebelum membuat pendakwaan terhadap penganjur terbabit," katanya. Menurut Redzuan, skim itu didapati melakukan kesalahan menguruskan perniagaan wang kutu tanpa lesen dan boleh didakwa di bawah Seksyen 3, Akta (Larangan) Kumpulan Wang Kutu 1971. Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dipenjara tiga tahun atau denda tidak melebihi RM5,000.
image

No comments:

Post a Comment

Tolong Jangan Baca Entri Berikut !

Related Posts with Thumbnails

Sila langgan dengan email untuk tidak terlepas post-post terbaru.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner